Wednesday, 29 October 2014

Pengenalan Kepada Pangkalan Data


PENGENALAN KEPADA PANGKALAN DATA

 

Definisi Pangkalan Data


Pangkalan data merupakan sekumpulan maklumat mengenai topik atau tujuan tertentu. Pangkalan data juga membolehkan maklumat diuruskan dalam bentuk logikal yang memudahkan kepada pencapaian data dan mengurangkan data yang bertindan. Contoh-contoh aplikasi pangkalan data seperti sistem Mesin pengeluaran Wang Automatik (ATM), Sistem Tempahan Tiket, sistem pesanan pelanggan, sistem maklumat pelajar dan sebagainya. Apa pula yang dikatakan sebagai data dan maklumat?

Data

Fakta mengenai sesuatu benda, orang, entiti, kejadian dan seumpamanya yang boleh direkodkan.


Maklumat  

Data yang telah diproses dan disusunatur ke dalam bentuk yang boleh digunakan untuk membuat keputusan.

MsAccess dibina khusus untuk membangunkan pangkalan data hubungan.

Pangkalan Data Hubungan 

Merupakan satu model pangkalan data yang menyimpan data dalam bentuk jadual hubungan dan setiap hubungan dibina oleh beberapa rekod atau tupel. Setiap baris dalam jadual mewakili sekumpulan maklumat yang saling berkaitan. Dalam pangkalan data hubungan terdapat tiga ciri utama yang digunakan iaitu Entiti, Atribut dan Hubungan.

Entiti 

Objek atau konsep atau sesuatu dalam dunia nyata yang boleh dikenali secara unik. Ia juga mestilah mempunyai sesuatu yang menerangkan tentang entiti.

Atribut 

Ciri-ciri bagi sesebuah entiti atau hubungan. Nilai bagi atribut merupakan bahagian utama data yang disimpan dalam pangkalan data.

Hubungan  

Perkaitan bermakna diantara entiti.



Kebaikan Pangkalan Data

  • Kawalan terhadap data lewah kerana kebanyakan data disimpan di satu lokasi
  • Keselarasan data yang lebih tinggi apabila kawalan terhadap data lewah dilaksanakan
  • lebih maklumat dapat dijana daripada jumlah data yang sama
  • perkongsian data di antara individu atau jabatan tinggi kerana data yang dipunyai oleh organisasi bukan individu atau jabatan tertentu
  • keselamatan yang lebih baik seperti penggunaan kata laluan atau penyulitan
  • penambahan kawalan serempak
  • khidmat baikpulih dan sokongan yang lebih baik

Kelemahan Pangkalan Data

  • Kekompleksan proses pembangunan akan memberi kesan kepada prestasi sistem
  • saiz DBMS agak besar dan melibatkan storan yang banyak
  • kos peralihan dan lariansama ada dari sistem manual atau sistem fail biasa kepada sistem pangkalan data yang tinggi
  • kesan kegagalan lebih tinggi kerana pengguna dan aplikasi amat bergantung kepada DBMS

 

Contoh Perisian DBMS


 


















Tuesday, 28 October 2014

Pengkomputeran Awan

Pengkomputeran awan

http://m.c.lnkd.licdn.com/mpr/mpr/p/4/005/06e/385/1c95089.jpg

Pengkomputeran awan (Cloud) bukanlah satu konsep yang baru, cuma akhir2 ini kita sering dengar tentangnya setelah Microsoft secara besar2an membuat pelaburan dan pengumuman  komitmen serius mereka terhadap pengkomputeran awan. Jika mahu diikutkan konsep perkomputeran awan ini telah lama wujud sejak tahun 1960 lagi apabila John McCarthy menyatakan pendapatnya bahawa perkomputeran satu hari nanti akan diuruskan sebagai satu kemudahan awam. Masanya telah tiba dan kini pengkomputeran awan sudah semakin popular di kalangan pengguna, syarikat mahupun organisasi seluruh dunia.
Secara asasnya kita boleh memahami pengkomputeran awan sebagai pengkomputeran berasaskan internet di mana perkongsian sumber, perisian dan informasi di sediakan untuk komputer serta peranti secara talian. Jika hendak menaip dokumen misalnya tidak perlu lagi memasang sut Microsoft Office kerana dengan menerusi pengkomputeran awan, aplikasi ini juga boleh didapati dan digunakan secara talian.
Pengkomputaran awan merupakan satu anjakan paradigma yang muncul selari dengan perubahan pelayan client pada awal 1980. Perincian diabstrak daripada pengguna yang tidak lagi memerlukan kepakaran, kawalan atau infrastruktur teknologi yang terlalu teknikal. Pengkomputeran awan kebanyakanya dibina dengan konsep “pengguna” di minda membolehkan sumber; penggunaan dan model penghantaran service IT difahami serta digunakan dengan mudah menerusi internet.


http://www.hiqlogic.com/images/cloud-computing.jpg

Infrastruktur paling lazim untuk menjelaskan konsep pengkomputeran awan ini adalah peralatan atau aplikasi berasaskan web yang boleh diakses pengguna menerusi pelayar web. Ia seolah-olah terpasang (install) pada komputer peribadi, contoh seperti Picasa dan Picnic yang membenarkan suntingan gambar menerusi pelayar. Suntingan daripada Adobe photoshop juga boleh dilakukan tanpa memasang perisiannya menerusi adobephotoshop.com. Juga kepelbagaian aplikasi2 lain mengikut kemudahan dan keperluan pengguna seperti Windows Azure, Google App atau Zoho yang menawarkan suntingan dokumen. Selain itu banyak juga applikasi yang pastinya telah kita tahu cuma tidak begitu mengenalinya sebagai aplikasi di bawah konsep pengkomputeran awan.
National Institute of Standard and Technology (NIST) pula menyediakan definasi lebih spesifik dan objektif tentang pengkomputeran awan. “CLOUD” yang sering digunakan untuk mewakili rangkaian telefon dipinjam dan diapdatasi dalam diagram rangkaian komputer untuk mewakili infrastruktur yang disediakan olehnya dan untuknya (komputer). Mungkin kerana inilah terlahirnya perkataan “cloud” bagi menjelaskan infrastruktur atau servis yang menjadi tunjang utama konsep ini.