PENGENALAN KEPADA INTERNET
TUJUAN:
Kertas penerangan ini akan membolehkan pelajar-pelajar boleh mengetahui dan memahami apa itu internet, cara internet berfungsi serta perkhidmatan asa dalam internet.
APAKAH INTERNET ?
Internet ialah suatu rangkaian global yang terdiri daripada gabungan rangkaian-rangkaian komputer yang lebih kecil (global network of computer networks). Rangkaian sejagat ini menghubungkan berjuta-juta komputer di pelbagai negara di seluruh dunia. Komputer-komputer ini yang terdiri daripada komputer peribadi hinggalah ke komputer kerangka utama (supercomputers) menggunakan satu set aturan atau piawai pemindahan data yang dikenali
sebagai Protokol awalan Transmisi dan Protokol Internet (TCP/IP) untuk
menghantar dan menerima maklumat. Komunikasi ini berlaku dalam Rangkaian
TCP/IP melalui get laluan (gateway) iaitu penghala yang menterjemahkan
bahasa komunikasi bukan TCP/IP kepada bahasa TP/IP dan sebaliknya.
Rangkaian-rangkaian ini biasanya disambungkan antara satu sama lain
dengan menggunkan talian telefon, kabel atau satelit. Dengan ini, pengguna-pengguna komputer dapat bertukar maklumat dengan pantas antara satu sama lain walaupun berada di sudut dunia yang berlaianan. Rangkaian komputer terbesar dikawal selia oleh Yayasan Sains Kebangsaan Amerika Syarikat atau NSF (National Science Foundation).
SEJARAH INTERNET
1957 : Perlancaran satelit Sputnik oleh Russia menyebabkan Amerika Syarikat menubuhkan ARPA
(Advanced
Research Projects Agency), sebuah agensi di bawah penyeliaan Jabatan Pertahanan Amerika
Syarikat.
Misi utama ARPA adalah untuk membangunkan teknologi dalam bidang ketenteraan yang dapat
bersaing dengan kuasa luar. ARPA kemudiannya dikenali sebagai DARPA (Defense Advance
Research
Projects Agency).
1962 : Teknologi Pensuisan Paket telah diusulkan untuk membolehkan komputer saling berhubungan tanpa
mengambil
kira jenisnya. Pensuisan Paket ialah satu pendekatan yang membolehkan
data dihantar menerusi rangkaian. Dalam proses penghantaran, data
dipecahkan kepada unit kecil dengan alamat tertentu sebagai identitinya.
Pemecahan data dalam unit kecil membenarkan lebih banyak pengguna menggunakan talian yang sama pada masa yang sama.
1969 : Rangkaian computer pertama dibentuk ialah ARPANET, rangkaian ketenteraan Amerika Syarikat.
Rangkaian
ini menjalinkan hubungan antara Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat
dengan penyelidik ketenteraan di universiti. Rangkaian ini dijalinkan
berasaskan Protokol Kawalan Rangkaian, atau
NCP(Network Control Protocol).
NCP(Network Control Protocol).
ARPANET bermula dengan jalinan 4 buah computer dan berkembang dengan menjalinkan 200 buah
computer dalam bidang ketenteraan dan penyelidikan di seluruh Amerika Syarikat dalam tempoh 10
tahun.
computer dalam bidang ketenteraan dan penyelidikan di seluruh Amerika Syarikat dalam tempoh 10
tahun.
Tujuan asas ARPANET ialah :
a) membentuk satu rangkaian komunikasi yang dapat menahan serangan musuh dan sabotaj
b) membangunkan suatu rangkaian yang membolehkan ahli sains dan penyelidik berkongsi
sumber
sumber
c) membangunan suatu rangkaian yang mudah ubah dan bebas daripada kongkongan pihak
tertentu
tertentu
1972 : Pengenalan Mel Elektronik.
1973 : Teknologi Pensuisan Paket diperkenalkan ke Britain dan Norway.
1979 : Kumpulan diskusi Usenet ditubuhkan.
1981 : Konsep Senarai Mel (Mailing List) diperkenalkan dengan pengenalan BITNET (Because It’s Time
Network), rangkaian untuk computer jenis kerangka utama IBM.
1982 : TCP/IP menggantikan NCP sebagai protocol asas dalam rangkaian komunikasi.
1984 : Pengenalan system FQDN (Fully Qualified Domain Name).
1986 : Penubuhan NSFNET (National Science Foundation Network) diAmerika Syarikat. NSFNET dengan
lima
buah pusat komputernya telah berjaya menjalinkan institusi pendidikan,
ketenteraan dan kerajaan. Kepantsan rangkaian ini menjadi tulang
belakang rangkaian di Amerika Syarikat dan mula
mengambilalih peranan ARPANET. Gabungan Usenet, NSFNET, BITNET dan ARPANET telah
membentuk internet.
mengambilalih peranan ARPANET. Gabungan Usenet, NSFNET, BITNET dan ARPANET telah
membentuk internet.
1989 : Pengenlan World Wide Web (WWW).
1990 : Fungsi asal ARPANET mula lenyap.
1991 : Pengenalan Gopher dan Wais (Wide Area Information Servers), suatu system untu mencari maklumat
yang dikehendaki. CIX (Commercial Internet Exchange) juga ditubuhkan untuk membolehkan firma
perdagangan menggunaan kemudahan dan perkhidmatan internet.
1993 : Pengenalan Mosaic, sejenis pengimbas WWW yang kemudiannya diambil alih oleh Netscape
Navigator.
1994 : Internet menyambut ulang tahun ke 25.Pasar raya wujud dalam internet.
1995 : Fungsi internet beralih kepada bidangperniagaan dan perdagangan.
No comments:
Post a Comment