Wednesday, 29 October 2014

Pengenalan Kepada Pangkalan Data


PENGENALAN KEPADA PANGKALAN DATA

 

Definisi Pangkalan Data


Pangkalan data merupakan sekumpulan maklumat mengenai topik atau tujuan tertentu. Pangkalan data juga membolehkan maklumat diuruskan dalam bentuk logikal yang memudahkan kepada pencapaian data dan mengurangkan data yang bertindan. Contoh-contoh aplikasi pangkalan data seperti sistem Mesin pengeluaran Wang Automatik (ATM), Sistem Tempahan Tiket, sistem pesanan pelanggan, sistem maklumat pelajar dan sebagainya. Apa pula yang dikatakan sebagai data dan maklumat?

Data

Fakta mengenai sesuatu benda, orang, entiti, kejadian dan seumpamanya yang boleh direkodkan.


Maklumat  

Data yang telah diproses dan disusunatur ke dalam bentuk yang boleh digunakan untuk membuat keputusan.

MsAccess dibina khusus untuk membangunkan pangkalan data hubungan.

Pangkalan Data Hubungan 

Merupakan satu model pangkalan data yang menyimpan data dalam bentuk jadual hubungan dan setiap hubungan dibina oleh beberapa rekod atau tupel. Setiap baris dalam jadual mewakili sekumpulan maklumat yang saling berkaitan. Dalam pangkalan data hubungan terdapat tiga ciri utama yang digunakan iaitu Entiti, Atribut dan Hubungan.

Entiti 

Objek atau konsep atau sesuatu dalam dunia nyata yang boleh dikenali secara unik. Ia juga mestilah mempunyai sesuatu yang menerangkan tentang entiti.

Atribut 

Ciri-ciri bagi sesebuah entiti atau hubungan. Nilai bagi atribut merupakan bahagian utama data yang disimpan dalam pangkalan data.

Hubungan  

Perkaitan bermakna diantara entiti.



Kebaikan Pangkalan Data

  • Kawalan terhadap data lewah kerana kebanyakan data disimpan di satu lokasi
  • Keselarasan data yang lebih tinggi apabila kawalan terhadap data lewah dilaksanakan
  • lebih maklumat dapat dijana daripada jumlah data yang sama
  • perkongsian data di antara individu atau jabatan tinggi kerana data yang dipunyai oleh organisasi bukan individu atau jabatan tertentu
  • keselamatan yang lebih baik seperti penggunaan kata laluan atau penyulitan
  • penambahan kawalan serempak
  • khidmat baikpulih dan sokongan yang lebih baik

Kelemahan Pangkalan Data

  • Kekompleksan proses pembangunan akan memberi kesan kepada prestasi sistem
  • saiz DBMS agak besar dan melibatkan storan yang banyak
  • kos peralihan dan lariansama ada dari sistem manual atau sistem fail biasa kepada sistem pangkalan data yang tinggi
  • kesan kegagalan lebih tinggi kerana pengguna dan aplikasi amat bergantung kepada DBMS

 

Contoh Perisian DBMS


 


















No comments:

Post a Comment